Monday 28 November 2011


Video Klip Cara bartayammum


CARA -CARA BERTAYAMMUM


click disini untuk maklumat bertayammum

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam
Kelas : 3 Ibnu Sina
Tarikh : 11.07.2005
Bilangan Pelajar : 20 orang
Masa : 30 minit
Tajuk : Taharah
Sub Tajuk : Tayammum
Objektif Umum : Pelajar akan dapat menjaga kebersihan dan kesucian dirI masa.
Objektif khusus : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, Pelajar akan dapat ;
  • Menyebut pengertian tayammum
  • Membanding beza antara tayammum dengan berwudu’ 
  • Melaksanakan tayammum dengan betul
Peng. Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan dalam Islam dan kehidupan seharian
Gabungjalin : Aqidah, al-Quran 
Penerapan Nilai : Bersyukur, Istiqamah, Bersih dan Jujur
Kemahiran Berfikir : Menjana Idea, Banding beza (Peta Minda)
Bahan Bantu Mengajar : VCD, Gambar, Debu Tanah dan Air 


Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan

Pendahuluan
(2 minit)

Doa belajar
Pelajar membaca doa
beramai-ramai




Set Induksi
(3 miniti)


Refleksi tentang
perbuatan/amalan
yang telah dilakukan
sejak awal pagi
1. Pelajar diminta
    merenungkan apakah
    perbuatan yang telah
    dilakukan awal pagi?
2. Pelajar diminta
    menyatakan apakah yang
    mereka telah buat diawal
    pagi..
3. Guru mengaitkan dengan
    tajuk hari ini.
KB:
Pemikiran reflektif


Teknik:
Sumbangsaran




Langkah 1
(7 minit)



Teori Tayammum
1. Guru menerangkan
    pengertian tayammum dan
    bertanyakan mengapa
    dibolehkan bertayammum
    dan sebab yang
     membolehkan
     bertayammum?
2. Pelajar memberi jawapan
    dan guru merumuskan
3. Guru menjelaskan konsep
    dan cara-cara bertayammum
KB:
Menjana idea

Teknik:
Soal jawab
Syarahan



Langkah 2
(8 minit)


Amali Tayammum
1. Guru akan  
    mendemonstrasikan cara
    tayammum dengan
    diperhatikan oleh pelajar
2. Guru akan meminta
    pelajar melakukan
    tayammum seorang demi
    seorang.

BBM:
Debu / bedak

Teknik:
Tunjukcara /
Demonstrasi





Langkah 3
(5 minit)


Penilaian
Guru akan meminta pelajar:
a) Menyebut pengertian
    tayammum
b) Membanding beza antara
    tayammum dengan wudu’
c) Melaksanakan tayammum
    dengan betul
KB:
Banding beza






Penutup
(5 minit)
Rumusan dan
Refleksi

* Islam menitik
beratkan aspek
kebersihan

* Suci dan bersih
adalah dua perkara
yang berbeza

* Bersuci boleh
dilakukan dengan
tayammum apabila
ada sebab-sebab
yang diharu

Guru membuat kesimpulan
bahawa Islam menekankan
soal kebersihan dan
kesucian setiap masa
khususnya semasa
beribadat.
Nilai:
Kesedaran kendiri